Wolves cipta kejutan apabila kalahkan tuan rumah, Arsenal 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris.
Ia merupakan kemenangan pertama Wolves di gelanggang Arsenal dalam saingan liga untuk tempoh 41 tahun!
Skuad kendalian Nuno Espirito Santo itu mendahului perlawanan menerusi Pedro Neto pada minit ke-27 namun pertahanan Arsenal, Gabriel menyamakan kedudukan 3 minit kemudian.
Daniekle Podence muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan untuk Wolves, 3 minit sebelum babak pertama tamat.
Namun, Wolves kehilangan khidmat penyerang utamanya, Raul Jimenez akibat kecederaan pada aksi tersebut.
Jimenez berlaga kepala dengan David Luiz dan dirawat hampir 10 minit sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Bagi Arsenal pula, ini merupakan permulaan musim terburuk untuk mereka sejak musim 1981-82.
The Gunners telah tewas 5 kali musim ini selepas harungi 10 perlawanan untuk berada di tangga ke-14 dengan 14 mata.
Arsenal akan harungi aksi Liga Europa, Jumaat ini sebelum berdepan pendahulu EPL, Tottenham Isnin depan.
Oleh: Karami Kamel