Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) iaitu Arsenal telah meraih pujian ramai selepas dilapor membina sebuah surau di Stadium Emirates mereka untuk membolehkan pemain beragama Islam untuk menunaikan solat.
Memetik hantaran oleh pemain tengah Arsenal, Mohamed Elneny, beliau berasa bangga kerana ruang solat itu dibina dan akan mengubah kehidupan pemain Arsenal pada masa akan datang.
"Saya sangat berbangga kerana telah membuka ruang solat kami untuk pemain di Stadium Emirates.
"Ruang untuk meditasi dan berdoa ini akan mengubah kehidupan pemain Arsenal pada akan datang.
"Saya sangat berterima kasih kepada kakitangan dan semua mereka yang menyumbang kepada merealisasikan projek ini," kata pemain antarabangsa Mesir itu di X.
Arsenal kini berada di puncal liga EPL dengan berbaki 10 lagi perlawanan, diikuti pencabar terdekat, Liverpool dan Man. City.
Sumber: X