ARMY Kini Boleh Layan Konten Eksklusif BTS Di Disney+ Hotstar!

ARMY kini boleh bergembira dengan lebih banyak konten eksklusif daripada kumpulan K-Pop nombor satu mereka, BTS! 

army kini boleh layan konten eksklusif bts di disney+ hotstar!

Syarikat hiburan gergasi Korea Selatan, HYBE yang menaungi kumpulan K-Pop masyhur iaitu BTS, telah mengumumkan kerjasama kandungan global bersama Walt Disney Asia Pasifik.

Perjanjian tersebut termasuk pengedaran global lima tajuk kandungan utama keluaran HYBE yang merangkumi dua siri eksklusif yang menampilkan BTS, yang akan dilancarkan pada platform penstriman Disney. 

“Kerjasama ini mewakili cita-cita kreatif kami – untuk bekerjasama dengan pencipta kandungan ikonik dan bintang terkemuka di Asia Pasifik supaya bakat mereka dapat dinikmati oleh penonton arus perdana dalam pelbagai cara. Kami percaya tajuk baharu ini akan memikat hati pengguna di seluruh dunia dan berharap untuk memperkenalkan lebih banyak kandungan muzik pada perkhidmatan kami,” kata Jessica Kam-Engle, Ketua Kandungan APAC, The Walt Disney Company.

“Ini akan menjadi permulaan kerjasama jangka panjang, di mana kami mempersembahkan kepada khalayak seluruh dunia pelbagai kandungan HYBE untuk peminat yang menyukai muzik dan artis kami,” kata Park Ji-won, Ketua Pegawai Eksekutif HYBE.

Tiga daripada projek HYBE yang datang ke platform penstriman Disney termasuk:

• BTS: PERMISSION TO DANCE ON STAGE – LA: Filem konsert sinematik eksklusif 4K ini menampilkan persembahan langsung BTS di Stadium Sofi Los Angeles pada November 2021. Kumpulan tersebut mempersembahkan lagu popular mereka, “Butter” dan “Permission to Dance” buat kali pertama dalam dua tahun sejak wabak itu kumpulan itu bertemu peminat secara peribadi.

• IN THE SOOP: Friendcation: Sebuah rancangan realiti perjalanan asal yang dibarisi V BTS, Seo-jun Park, bintang Parasite Woo-shik Choi, Hyung-sik Park dan Peakboy.

• BTS MONUMENTS: BEYOND THE STAR: Siri dokumentari asal ini mengikuti perjalanan luar biasa ikon pop abad ke-21 BTS. Siri ini akan memaparkan kehidupan harian, pemikiran dan rancangan ahli BTS, sepanjang sembilan tahun berkecimpung dalam arena hiburan, sambil mereka bersedia untuk fasa masing-masing yang seterusnya. Siri dokumentari ini bakal tersedia secara eksklusif di platform penstriman Disney tahun depan.

ARTIKEL BERKAITAN