ARMY Di Afghanistan Terpaksa Bakar Dan Sembunyi Album BTS Kerana Diselubungi Ketakutan

Susulan penawanan Taliban di Afghanistan, peminat BTS atau lebih dikenali sebagai ARMY berkongsi berkenaan situasi mereka yang mana, mereka merasakan mereka tidak dapat meluahkan minat terhadap kumpulan terbabit secara terbuka akibat diselubungi ketakutan.

army di afghanistan terpaksa bakar dan sembunyi album bts kerana diselubungi ketakutan

Menerusi satu temu ramah yang diadakan bersama agensi berita Korea Selatan bersama seorang wanita, dia mengaku berasa terkurung sejak Taliban berkuasa.

“Saya takut mendengar hal berkenaan Taliban menculik gadis-gadis itu. Sejak penawanan Taliban, saya tinggal di rumah,” katanya.

“Saya tidak lagi dapat mendengar muzik yang saya dengar di jalanan sebelum penawanan Taliban. Saya hanya mendengar muzik Taliban yang aneh sepanjang hari,” sambungnya lagi yang turut mengaku dia merupakan peminat BTS.

Sementara itu, seorang gadis remaja lain yang baru berusia 18 tahun juga mengatakan bahawa kewujudan Taliban membuatkannya takut untuk mengidolakan BTS sehingga dia terpaksa membakar segala benda berkaitan BTS.

“Situasi itu memaksa kami untuk membakar atau menyembunyikan foto dan album BTS kami,” jelasnya.

Dia turut berpendapat bahawa Taliban akan berkelakuan seperti zaman dahulu, iaitu dengan melarang orang Afghanistan mendengarkan muzik arus perdana dari negara-negara luar Arab.

“Saya harap masyarakat antarabangsa tidak akan meninggalkan Afghanistan sendirian dalam hal ini,” tambahnya lagi.

Pada ketika ini, Taliban dilaporkan sedang menguasai Afghanistan dan mengambil alih kawalannya sehingga menyebabkan ramai rakyat Afghanistan berusaha keras meninggalkan negara mereka sendiri.

 

Sumber: [1]