Sebuah arked permainan video di Osaka, Jepun dijadikan pusat vaksinasi sebagai usaha bagi mempercepatkan pemberian vaksin COVID-19 di negara tersebut.
Susulan itu, tempat tersebut ditutup selama dua hari untuk memberi laluan kepada 1,500 pekerja serta kakitangan arked dan penduduk berdekatan kawasan itu menerima vaksin.
Pada ketika ini, Jepun agak ketinggalan berbanding negara lain dalam program pemberian vaksin kepada penduduknya.
Namun, ia mencapai perkembangan yang progresif selepas lebih separuh dari keseluruhan populasinya telah menerima suntikan vaksin.
Sumber: [1]