Arab Saudi Wajibkan Dos Penggalak Pada Semua Penduduknya

Semua warga dan penduduk Arab Saudi akan diwajibkan untuk mengambil dos penggalak vaksin COVID-19 mulai 1 Februari tahun hadapan.

arab saudi wajibkan dos penggalak pada semua penduduknya

Memetik laporan Saudi Gazette, satu sumber rasmi melaporkan dos penggalak itu diperlukan untuk penduduk mendapat status imun pada aplikasi yang digunakan mereka iaitu Tawakkalna.

 

Menurut sumber itu lagi, suntikan dos penggalak akan diwajibkan lapan bulan selepas seseorang itu mendapatkan dos kedua vaksin COVID-19.

 

Status imun yang dipaparkan pada aplikasi Tawakkalna adalah perlu bagi sesiapa yang ingin hadir sebarang acara sosial, ekonomi, komersial, hiburan atau sukan di negara itu.

 

Setakat 4 Disember 2021, sebanyak 64.9% daripada populasi penduduk di Arab Saudi sudah lengkap divaksin.

arab saudi wajibkan dos penggalak pada semua penduduknya

Sumber: [1]