Arab Saudi Tukar Pelantar Minyak Terpakai Jadi Taman Tema Ekstrim

Sebagai salah satu usaha menarik minat pelancong, Arab Saudi mengumumkan perancangan mereka untuk menukarkan sebuah pelantar minyak terpakai kepada sebuah taman tema ekstrim.

arab saudi tukar pelantar minyak terpakai jadi taman tema ekstrim

Dinamakan sebagai ‘The Rig’, ia merupakan taman tema yang akan dibuka dalam strategi Arab Saudi 2030, yang memfokuskan kepada usaha meningkatkan ekonomi dan sektor pelancongan negara.

arab saudi tukar pelantar minyak terpakai jadi taman tema ekstrim

Dianggarkan mempunyai keluasan 1.6 juta kaki persegi, taman tema atas air ini dikatakan lengkap dengan kemudahan seperti roller coaster, kapal selam, lompat tali bungee, terjun udara dan banyak lagi sukan yang pasti membuatkan pengunjung terhibur.

 

Bukan itu sahaja, ia juga dikatakan bakal menempatkan tiga buah hotel dan 11 restoran pada pelantar yang bersambung antara satu sama lain.

arab saudi tukar pelantar minyak terpakai jadi taman tema ekstrim

Pengunjung juga akan dibawa ke pelantar The Rig menggunakan helikopter atau kapal persiaran dari pelabuhan terdekat, sebelum mereka menikmati segala aktiviti penuh mendebarkan disini.

Setakat ini, belum dapat dipastikan bila ia akan dibuka kepada orang ramai, namun pengumuman ini telah membuatkan ramai merasa teruja untuk merasai sendiri pengalaman berada atas pelantar yang diubahsuai kepada sebuah taman tema ekstrim!

 

Sumber: [1]