Arab Saudi Larang Penduduk Lelaki Berkahwin Wanita Luar Negara

Baru-baru ini, Arab Saudi menguatkuasakan undang-undang baru yang mana negara tersebut melarang warganegaranya daripada mengahwini wanita yang berasal dari empat negara tertentu.

arab saudi larang penduduk lelaki berkahwin wanita luar negara

Negara-negara yang dimaksudkan ialah Pakistan, Bangladesh, Chad dan Myanmar.

Langkah tersebut bertujuan untuk mengecilkan jumlah warganegara jantina lelaki di Arab Saudi daripada berkahwin dengan orang asing.

Namun, sekiranya mereka bertekad juga untuk memperisterikan wanita dari mana-mana negara terlibat, mereka dikehendaki mengikuti beberapa prosedur rasmi yang telah ditetapkan Arab Saudi.

Caranya, golongan tersebut terlebih dahulu harus memperoleh persetujuan daripada badan pemerintah yang relevan dan mengemukakan permohonan perkahwinan menerusi saluran rasmi.

Dalam pada itu, mereka yang berstatus duda pula tidak dibenarkan melamar dalam tempoh enam bulan dari tarikh perceraian mereka.

Pemohon hendaklah berusia lebih dari 25 tahun serta melampirkan semua dokumen pengenalan diri yang ditandatangani datuk bandar daerah selain salinan buku rekod keluarga.

Namun, sekiranya pemohon sudah berkahwin, dia harus melampirkan laporan daripada hospital yang membuktikan bahawa isterinya cacat, menderita penyakit kronik atau mandul.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN