Dalam usaha menghalang penularan wabak COVID-19, pemberian vaksin kini giat dilakukan disemua negara termasuklah negara Arab Saudi.
Kerajaan Arab Saudi kini semakin tegas dalam mengetatkan peraturan terhadap golongan antivaksin dengan mengenakan beberapa larangan tertentu.
Setakat ini, larangan terhadap mereka yang enggan melakukan vaksinasi adalah tidak boleh mengerjakan umrah dan haji, sekatan perjalanan ke luar negara dan menyekat akses ke universiti, pusat membeli-belah dan premis perniagaan.
Golongan antivaksin bukan sahaja berbahaya kepada orang ramai malah dunia masa kini yang bertungkus-lumus memerangi virus COVID-19.
Negara itu dijangka akan menjadikan vaksin sebagai syarat utama kepada sesiapa yang mahu mengujungi Mekah atau Madinah.
Buat penduduk tempatan, mereka yang sudah divaksin dibenar untuk melakukan perjalanan ke luar negara selepas hampir dua tahun kerajaan Arab Saudi menutup pintu sempadan antarabangsa.
Tambah lagi, hanya mereka yang sudah divaksin dibenar memasuki institusi kerajaan dan swasta termasuklah institusi pendidikan dan tempat hiburan serta pengangkutan awam.
Arahan itu bagaimanapun telah menimbulkan kemarahan awam di media sosial yang menganggap ia tidak patut dilakukan serta mencabuk hak sebagai manusia.
Sumber: Kosmo!