Arab Saudi dan Mesir Sambut Aidiladha 9 Julai 2022

Arab Saudi mengumumkan sambutan Aidiladha di negara itu bermula 9 Julai 2022.

arab saudi dan mesir sambut aidiladha 9 julai 2022

Menurut Arab News, ibadah haji akan bermula pada hari ketujuh Zulhijjah (6 Julai) dan akan berakhir pada hari ke-11 bulan itu iaitu pada 10 Julai.

.

Manakala hari Arafah pula jatuh pada hari kesembilan Zulhijjah, iaitu pada Jumaat (8 Julai).

arab saudi dan mesir sambut aidiladha 9 julai 2022

Bagi persediaan menerima jemaah Haji, khemah dan penginapan di Mina dan Muzdalifah telah diperiksa dan bersedia sepenuhnya untuk tetamu Allah bagi ibadah Haji kali ini.

.

Selain Arab Saudi, Mesir juga mengumumkan Aidiladha pada tarikh sama, 9 Julai 2022.

arab saudi dan mesir sambut aidiladha 9 julai 2022

Di Malaysia, Aidiladha pula akan disambut pada Ahad, 10 Julai seperti yang diumumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja Mohd Aseral Jusman.

.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah 1443 Hijrah ialah pada hari Jumaat, 1 Julai 2022.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijjah) bagi negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022,” katanya.

Sumber: [1]