Pesaing Twitter, Thread Kini Terbongkar Secara Tak Sengaja di Google Play Store

Pesaing kepada aplikasi Twitter iaitu Thread, yang dicipta oleh syarikat Meta, kini telah terbongkar menerusi satu tangkap layar menerusi gedung aplikasi Google Play.

 

Seorang pembangun aplikasi, Alessandro Paluzzi, telah berkongsi satu tangkap layar menunjukkan aplikasi Thread didedahkan menerusi Google Play, secara tidak sengaja.

 

Menerusi tangkap layar itu, aplikasi Thread yang belum dilancarkan secara rasmi oleh Meta, boleh dilog masuk menggunakan akaun Instagram.

pesaing twitter, thread kini terbongkar secara tak sengaja di google play store

Paluzzi turut berkongsi beberapa fungsi lain yang ada pada Thread seperti yang berikut:

pesaing twitter, thread kini terbongkar secara tak sengaja di google play store

Dapat dilihat Thread adalah hampir sama dengan Twitter, termasuklah butang like, repost, reply, share dan juga tanda biru yang menunjukkan akaun rasmi atau disahkan.

 

Menurut laporan, Thread adalah aplikasi yang dibangunkan oleh Meta sejak Januari lalu, dibawah nama ‘Project 92’. Ia juga disebut sebagai aplikasi 'Barcelona'. Pun begitu, masih belum dipastikan bila agaknya Thread akan dilancarkan kepada semua pengguna seluruh dunia.

pesaing twitter, thread kini terbongkar secara tak sengaja di google play store

Sumber: The Verge