Apa Yang Berlaku Semasa Dan Selepas Terima Suntikan Vaksin COVID-19?

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telahpun dijalankan di seluruh Malaysia.

apa yang berlaku semasa dan selepas terima suntikan vaksin covid-19?
 
Kini, terdapat tiga kaedah bagi mendaftar untuk vaksin COVID-19, iaitu melalui melalui laman sesawang vaksincovid.gov.my dan juga melalui talian pendaftaran Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan di 1800-888-828.

daftar vaksin covid-19 kini melalui tiga platform

Selepas pendaftaran, anda akan menunggu giliran untuk terima suntikan vaksinasi COVID-19.

 
Apa yang akan berlaku semasa hari vaksinasi?
1. Di stesen pertama, suhu badan anda akan direkodkan. Anda akan disaring sama ada mempunyai demam, batuk atau simptom-simptom yang lain.
2. Di stesen kedua, anda akan didaftarkan mengikut pada temujanji yang telah dibuat.
3. Seterusnya, konsultasi dan nasihat akan dibuat sebelum anda menandatangani borang kebenaran vaksin.
4. Di stesen keempat, anda akan diberikan suntikan vaksin.
5. Anda akan diperhatian selama 30 minit untuk sebarang kesan sampingan selepas menerima vaksin.
6. Segala proses dan maklumat vaksin yang disuntik akan direkodkan.


 
Apa yang perlu anda buat selepas terima suntikan vaksin COVID-19?
1. Selepas menerima suntikan, kesan ringan seperti rasa sakit pada tempat suntikan dan juga badan terasa panas adalah perkara biasa.
2. Individu lain mungkin juga akan mengalami keletihan dan ia akan pulih sendirinya selepas beberapa hari.
3. Kesan-kesan sampingan yang lebih serius mungkin juga boleh dilihat beberapa jam selepas individu itu menerima suntikan vaksin COVID-19. Antaranya, kesukaran bernafas, bengkak pada wajah dan tekak, jantung berdegup kencang, gatal-gatal seluruh badan dan terasa letih dan lemah.
4. Jika anda mempunyai kesan sampingan selepas menerima suntikan COVID-19, sila dapatkan pemeriksaan di klinik berdekatan.


 
Sumber: NIH Ministry of Health Malaysia
 
 
 

ARTIKEL BERKAITAN