Virus Selesema Tomato Kini Merebak Di Beberapa Negeri Dekat India

Ketika dunia masih lagi ‘berperang’ dengan wabak COVID-19 dan cacar monyet, kini dilaporkan muncul pula satu lagi virus lain.

virus selesema tomato kini merebak di beberapa negeri dekat india

Disebut sebagai ‘selesema tomato’, ia mempunyai simptom yang serupa dengan COVID-19 seperti demam, keletihan dan sakit badan, meskipun kedua-dua virus ini tidak berkaitan.

 

Nama ‘selesema tomato’ diambil berikutan lepuh merah yang muncul pada kulit individu yang dijangkiti. Selain lepuh dan gejala diatas, muntah, cirit-birit dan dehidrasi juga boleh terjadi kepada individu dijangkiti.

virus selesema tomato kini merebak di beberapa negeri dekat india

Selesema tomato mula dikesan pertama kali di Kerala, India pada Mei lalu, demikian menurut kajian terbaru oleh Lancet Respiratory Medicine Journal. Sehingga 26 Julai lalu, seramai 82 kes jangkitan melibatkan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah dan 26 lagi kes kanak-kanak sehingga umur 10 tahun disyaki dijangkiti.

 

Setakat ini, jangkitan yang berlaku hanya melibatkan kanak-kanak dan hanya di wilayah Kerala, Tamilnadu dan Odisha di India.

 

Meskipun ketika ini ia hanya menjangkiti kanak-kanak, Jabatan Kesihatan Kerala telah berjaga-jaga untuk mencegah penyebaran virus itu termasuk kemungkinan ia menular kepada orang dewasa.

virus selesema tomato kini merebak di beberapa negeri dekat india

Bercakap kepada India Today, Dr Subhash Chandra berkata: “Ia bukan penyakit yang membawa maut, tetapi ia berjangkit dan boleh merebak dari orang ke orang, walaupun cara sebenar jangkitan itu merebak masih dikaji.

"Pesakit yang mengalami demam tomato perlu minum banyak cecair dan berehat, juga dinasihatkan untuk demam virus lain, bagi memastikan badan terhidrasi dan cukup rehat," katanya.

 

Sumber: Daily Star

 

ARTIKEL BERKAITAN