Apa Itu 4-Ply Activated Carbon Face Mask?

apa itu 4-ply activated carbon face mask?

Adakah anda perasan, 4-ply activated carbon face mask semakin menjadi trend di media sosial?

Apakah itu 4-ply activated carbon face mask? Adakah ia boleh mencegah jangkitan Covid-19? Apa bezanya dengan topeng muka 3-ply?

apa itu 4-ply activated carbon face mask?

Berikut adalah pandangan Pakar Bedah Upper Gastrointestinal dan Bariatric, Dr Reynu Rajan, tentang topeng muka ini.

Mengikut Dr Reynu, topeng  muka berkarbon dicipta untuk melindungi  individu daripada pencemaran udara dan gas toxic. Namun ia tidak mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi seperti bagaimana topeng muka surgeri .

Topeng muka surgeri pula diperbuat daripada 3 lapisan atau 3ply. Namun jelas beliau bukan semua topeng muka 3 ply di pasaran adalah ‘’grade medical’’. Ini kerana setiap lapisan dalam topeng muka surgeri ada spesifikasi dan fungsinya tersendiri.

Tambah  Dr Reynu  topeng  muka surgeri mampu menapis sehingga  95 peratus virus berbanding hanya 10 peratus oleh topeng muka berkarbon.

Topeng muka surgeri juga mampu menapiskan sebanyak 80 peratus bakteria, berbanding hanya 50 peratus oleh topeng muka berkarbon

Jadi adakah dengan menggunakan mana-mana topeng muka yang berada di pasaran, seseorang individu itu boleh jadi kebal dan bebas daripada risiko terkena jangkitan kuman seperti virus Covid-19.

Tidak! Tegas Dr Reynu, penggunaan topeng muka sekadar mengurangkan risiko seseorang itu terkena jangkitan kuman seperti Covid-19 .Kita perlu mendengar nasihat KKM, sering kali cuci tangan, jangan sentuh muka, sebab ia boleh menyebabkan ‘'cross contamination’’.

Dr Reynu turut menasihati orang ramai agar jangan mudah terpedaya  dengan tuntutan keberkesanan yang tidak benar. Jangan bayar jumlah wang yang besar untuk topeng muka yang kurang berkesan.

Ingat! Perbezaan antara ‘’activated carbon face mask’’ dan ‘’DYI face mask’’ kita buat di rumah, tidak jauh bezanya!

Oleh: Thivyah