Ekslusif Anugerah GRAMMY ke-65 Secara Live 6 Feb Ini Hanya Di Astro!

Anugerah penuh berprestij GRAMMY, antara anugerah muzik terbesar, akan dihoskan oleh pengacara TV dan pelawak Trevor Noah, di Crypto.com Arena, Los Angeles.

ekslusif anugerah grammy ke-65 secara live 6 feb ini hanya di astro!

Pelbagai persembahan hebat daripada calon-calon anugerah GRAMMY dan ikon industri termasuk Harry Styles, Bad Bunny, Lizzo, Sam Smith, Mary J. Blige, Kim Petras, Luke Combs, Steve Lacy, Brandi Carlile akan menghiburkan penonton pada majlis itu nanti.

 

Khas buat pelanggan Astro, anda boleh menyaksikan ‘Anugerah Tahunan GRAMMY Ke-65’ secara langsung pada 6 Februari, bermula 8 pagi, dengan siaran ulangan pada hari yang sama, jam 9 malam menerusi TV di SHOWCASE MOVIES (Saluran 413) dan Astro GO. Para pelanggan juga boleh strim anugerah pada bila-bila masa menerusi On Demand, selepas tayangan perdana.

ekslusif anugerah grammy ke-65 secara live 6 feb ini hanya di astro!

Untuk info, calon-calon ‘Anugerah Tahunan GRAMMY Ke-65’ terdiri daripada ikon-ikon bersejarah dengan kedudukan carta muzik teratas seperti Beyoncé (9 pencalonan); Adele (7 pencalonan); ABBA (4 pencalonan); BTS (3  pencalonan); Machine Gun Kelly (1 pencalonan) dan lebih lagi.

ekslusif anugerah grammy ke-65 secara live 6 feb ini hanya di astro!

Peminat boleh menikmati ramalan pemenang untuk 91 anugerah dengan kategori-kategori baharu termasuk ‘Songwriter of the Year, Non-Classical’; ‘Best Alternative Music Performance’; ‘Best Americana Performance’; ‘Best Score Soundtrack for Video Games and Other Interactive Media’; and ‘Best Spoken Word Poetry Album’.

Sebagai tambahan, ‘Anugerah Tahunan GRAMMY Ke-65’ akan memberi penghormatan kepada sebahagian daripada komuniti kreatif yang telah pergi meninggalkan kita pada tahun ini. Segmen 'In Memoriam' akan menampilkan barisan bintang terhebat termasuk Kacey Musgraves mempersembahkan "Coal Miner’s Daughter", tanda penghormatan kepada Loretta Lynn; manakala Sheryl Crow, Mick Fleetwood dan Bonnie Raitt memberi penghormatan kepada Christine McVie dengan "Songbird"; dan Maverick City Music menyertai Quavo dengan lagu "Without You” untuk mengingati kehidupan dan legasi Takeoff.

 

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.