Antara England dan Denmark, Siapa Akan Ke Final UEFA Euro 2020?

Kejohanan Eropah UEFA 2020 bakal sampai ke penghujungnya. Pasukan Itali telah mengesahkan tiket ke final selepas menewaskan Sepanyol menerusi sepakan penalti selepas terikat seri 1-1 dalam masa tambahan.

antara england dan denmark, siapa akan ke final uefa euro 2020?

Awal pagi esok, 8 Julai 2021, dua lagi pasukan bakal menentukan nasib masing-masing untuk ke final UEFA Euro 2020, sama ada England atau Denmark.

antara england dan denmark, siapa akan ke final uefa euro 2020?

Menurut rekod pertemuan, England mempunyai kelebihan selepas menang 12 perlawanan keatas Denmark dan hanya tewas sebanyak 4 kali.

 

Kali terakhir England bertemu Denmark di UEFA Nations League, pasukan The Three Lions telah tewas 0-1. Pasukan pilihan ini menang kali terakhir pun 7 tahun yang lalu, pada Mac 2014 menerusi perlawanan persahabatan.

 

Menerusi rekod pertemuan England dan Denmark di UEFA European Championship pula, England hanya menang 2 kali pada 1978 dan 1979, seri 2 kali pada 1982 dan 1992, dan juga tewas 1 kali pada 1983. Tidak dapat dipastikan nasib England untuk musim kali ini, namun ramai yang berpendapat England mempunyai barisan pemain terbaik yang mampu menjulang piala UEFA Euro 2020.

antara england dan denmark, siapa akan ke final uefa euro 2020?

Inilah cara untuk korang dengar perlawanan terhebat UEFA EURO 2020 secara langsung di SYOK!

dengarkan uefa euro 2020 secara live di syok!

Muat turun aplikasi SYOK secara percuma di Google Playstore, Apple App Store dan Huawei App Gallery.