11 Bulan Di Angkasa Lepas, Angkasawan Wanita Paling Lama Ini Selamat Pulang

11 bulan di angkasa lepas, angkasawan wanita paling lama ini selamat pulang

Selepas 11 bulan beradai Stesen Angkasa Lepas (ISS), akhirnya angkasawan wanita dari Amerika Syarikat, Christina Koch telah selamat mendarat di bumi. Ini menjadikan beliau sebagai wanita paling lama berada di angkasa lepas.

Koch bersama dua orang rakannya, Luca Parmitano (Agensi Angkasa Eropah) dan Alexander Skortsov (Rusia) telah selamat tiba di Kazakhstan pada jam 3.12 petang waktu tempatan.

Berdasarkan laporan AP, Koch yang merupakan kakitangan NASA itu telah berada di ruang angkasa selama 328 hari. Selama itu, mereka telah mengkaji kesan kepada wanita apabila berada di angkasa lepas dalam tempoh masa yang lama.

Sebelum ini angkasawan wanita paling lama berada di  angkasa lepas adalah Peggy Whitson di mana beliau berada selama 289 hari.


Sumber: Astro Awani