Angkasawan US Mengundi Di Angkasa Lepas, Siap Ada Booth Mengundi Lagi

angkasawan us mengundi di angkasa lepas, siap ada booth mengundi lagi

Walaupun berada di angkasa lepas dalam keadaan tanpa gravity, namun itu langsung tidak menghalang angksawan Amerika Syarikat untuk mengundi.

Angkasawan Kate Rubins telah membuang kertas undinya di dalam kapal ISS. Tapi, apa yang lebih menariknya adalah terdapat booth mengundi dekat dalam ISS tu. Whoaaa!

“Dari Stesen Angkasa Lepas Antarabnagsa: Saya mengundi hari ini” Kata Ms Rubin dalam satu tweet yang dikongsi oleh NASA.

Menurut agensi angkasa lepas, kertas undi elektronik telah dihubungkan ke stesen angkasa lepas dengan menggunakan kawalan misi yang berada di Pusat Angkasa Lepas Johnson di Houston, Texas.

Whoaaa! Ni memang betul-betul bertanggungjawab kepada negara.

Sumber: independent