Bumi Nampak Makin Rosak Dari Pandangan Angkasawan Di Angkasa

Seorang angkasawan Perancis, Thomas Pesquet mengakui berasa sedih dan kecewa apabila melihat keadaan Bumi dari luar angkasa yang semakin rosak dan rapuh.

bumi nampak makin rosak dari pandangan angkasawan di angkasa

Beliau menyifatkan pemandangan yang terjadi akibat perubahan iklim itu sangat menyedihkan dan tidak seharusnya berlaku.

 

Pesquet yang kini berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) telah melakukan panggilan video bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron menceritakan kerosakan Bumi amat jelas kelihatan meskipun pada jarak 400 kilometer.

bumi nampak makin rosak dari pandangan angkasawan di angkasa

“Sayangnya, keadaan Bumi semakin rapuh dan semakin rosak.

“Melalui tingkap di ISS, kami dapat melihat jelas keadaan Bumi yang semakin uzur akibat perubahan iklim,” katanya.

 

Menurutnya lagi, angkasawan di ISS boleh melihat sendiri kebakaran yang berlaku di beberapa kawasan hutan di Kanada dan California baru-baru ini dari ruang angkasa.

 

Katanya, perubahan iklim seperti taufan yang kuat dan fenomena cuaca yang semakin cepat meningkat menjadi antara punca kepada kerosakan Bumi.

 

Sumber: [1]