Semakin menjadi-jadi ya kegiatan Macau Scam ni. Yang terbaru, seorang wanita berusia 35 tahun telah kehilangan hampir RM106,500 selepas tertipu dengan sindiket tersebut.
Menurut wanita dari Sungai Petani itu, beliau menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Encik Razali dari Pejabat Post Kuala Lumpur.
Lelaki tersebut telah memaklumkan bahawa ada satu sampul surat yang tertulis namanya dan mengandungi sekeping kad pengenalan bersama lapan kad mesin automatic yang dihantarnya dari Alor Setar,
Selain itu, lelaki tersebut juga memaklumkan bahawa wanita itu telah terlibat dengan pencucian duit serta pengedaran dadah. Kemudian, mangsa disambungkan dengan seorang pegawa polis wanita dari Daerah Seremban.
Pegawai polis tersebut telah memerintah wanita malang itu untuk ke IPD Seremban dalam masa dua jam dan sekiranya dia gagal berbuat demikian, satu waran tangkap akan dikeluarkan.
Mangsa seterusnya diarahkan oleh pegawai itu untuk membuat pembayaran dengan jumlah tertentu untuk menutup kes itu. Mangsa hanya menyedari dia ditipu selepas memaklumkan kejadian itu kepada ahli keluarga.
Modus operandi Macau Scam ni selalunya diorang akan berlakon atau berlagak seperi pegawai kerajaan. Mereka akan berlakon menjadi pegawai bank, agensi kerajaan ataupun pengutip hutang.
Kemudian mereka akan menakutkan mangsa dengan menyatakan bahawa mangsa ada berhutang atau denda yang masih belum dibayar. Selalunya, disebabkan ketakutan, mangsa akan memindahkan wang seperti yang diperintahkan.
Scammer ini juga sering menyasarkan golongan sudah berpencen, warga emas, wanita atau mereka yang mudah berasa takut. Jadi, ingatkan kepada ahli keluarga and ajika terdapat panggilan yang mencurigakan, maklumkan kepada keluarga terlebih dahulu.
Sumber: The Star