Masuk Hari Ke-107 Peperangan, Angka Korban Di Gaza Kini Lebih 25,000 Orang

Memasuki hari ke-107 sejak peperangan tercetus pada 7 Oktober lalu, angka korban di bumi Gaza kini mencatatkan lebih 25,000 kematian.

masuk hari ke-107 peperangan, angka korban di gaza kini lebih 25,000 orang

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, seramai 178 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu, termasuk seorang askar.

 

Sehingga kini, tentera rejim Israel masih lagi terus menyerang dan bertempur di jalanan dengan pejuang Hamas di seluruh Semenanjung Gaza, termasuk di Jabalia di utara Gaza hingga Khan Younis di kawasan selatan.

 

Israel pula berkata tenteranya sudah ‘membersihkan’ sebahagian besar utara Gaza daripada tentera pejuang Hamas.

masuk hari ke-107 peperangan, angka korban di gaza kini lebih 25,000 orang

Setakat Ahad (21 Jan), seramai 25,105 rakyat Palestin, kebanyakknya adalah wanita dan kanak-kanak terbunuh, manakala 62,681 lagi cedera dalam serangan oleh Israel keatas bumi Gaza.

 

Sumber: Al-Jazeera