Angka Korban COVID-19 Global Lebihi 3 Juta Kes

Angka kematian COVID-19 global dilaporkan mencecah lebih daripada 3.125 juta kes.

angka korban covid-19 global lebihi 3 juta kes

Menerusi data yang diperoleh daripada Johns Hopkins University, Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara yang merekodkan jumlah kematian tertinggi akibat COVID-19 dengan 573, 000 kes.

Negara kedua yang mencatatkan jumlah kematian tertinggi akibat wabak tersebut ialah Brazil dengan lebih 391, 000 kes, diikuti Mexico dengan lebih 214, 000 kes.

Sementara itu, India, United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula masing-masing merekodkan lebih 100, 000 kes kematian.

Selain itu, negara yang merekodkan jumlah kematian melebihi 50, 000 kes ialah Jerman, Sepanyol, Colombia, Iran, Poland, Argentina, Peru dan Afrika Selatan.

Indonesia, Ukraine dan Turki pula merekodkan jumlah kematian antara 30, 000 dan 50, 000 kes.

Dalam pada itu, Czechia, Romania, Belgium dan Kanada pula merekodkan lebih daripada 20, 000 kematian sementara kebanyakan negara lain pula merekodkan kurang dari 20, 000.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN