Angka Kes Positif COVID-19 Cecah 156 Juta Kes

Jumlah kes global COVID-19 terus meningkat dan kini dilaporkan telah mencecah 156.31 juta kes.

angka kes positif covid-19 cecah 156 juta kes

Menerusi data terbaru yang dikeluarkan Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal sebagai negara yang paling teruk terjejas akibat COVID-19 berikutan 32.63 juta kes yang direkodkan di negara tersebut.

Negara kedua terjejas merupakan India dengan catatan sebanyak 21.49 juta kes dan seterusnya Brazil dengan lebih 15.03 juta kes.

Dalam pada itu, negara yang mencatatkan lebih 5 juta kes adalah Perancis, manakala Turki, Rusia, United Kingdom dan Itali pula masing-masing merekodkan lebih 4 juta kes. Sepanyol dan Jerman melaporkan lebih 3 juta kes, manakala Argentina, Colombia, Poland, Iran, Mexico dan Ukraine pula dengan 2 juta kes.

Sementara itu, negara jiran, iaitu Indonesia dan Filipina tergolong dalam kumpulan negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif masing-masing berserta Peru, Czechia, Afrika Selatan, Belanda, Kanada, Chile, Iraq, Romania.

Selain itu, Belgium, Sweden, Hungary, Bangladesh, Jordan, Serbia, Switzerland, Austria, Maghribi, Jepun, Lebanon, Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi pula merupakan negara yang mencatatkan lebih 500, 000 kes.

Negara yang melaporkan 300, 000 hingga 500, 000 kes termasuklah Panama, Slovakia dan Malaysia.

Negara lain mencatatkan kes positif COVID-19 antara 100, 000 hingga 300, 000 kes.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN