Anggota BTS, J-Hope Terkejut Terima Ucapan 'Happy Birthday' Daripada Beyoncé

Anggota kumpulan K-Pop masyhur, iaitu J-Hope BTS ternyata teruja apabila menerima ucapan hari lahir daripada penyanyi terkemuka dunia, Beyoncé.

anggota bts, j-hope terkejut terima ucapan 'happy birthday' daripada beyoncé

Pada 19 Februari lalu, J-Hope berkongsi tangkapan skrin di Instagram Story miliknya, bersama emoji terkejut.

Menerusi Story terbabit, jelas terpapar ucapan hari lahir daripada Beyoncé yang mengucapkan “Selamat hari lahir, J-Hope.”

Menerusi laman web rasminya, Beyoncé mengeluarkan senarai selebriti yang menyambut hari lahir mereka pada minggu lalu yang mana J-Hope merupakan salah seorang daripadanya dan baru sahaja menyambut usia ke-28-nya pada 18 Februari lalu.

Turut sama tersenarai dalam senarai terbabit termasuklah beberapa figura berpengaruh dunia lain seperti Dr. Dre, Michael Jordan dan Ed Sheeran serta Paris Hilton.


Sumber: [1]