Kadar Kematian 88 Peratus, Ancaman Virus Marburg Pula Dikesan WHO

Meskipun dunia masih lagi berdepan dengan wabak COVID-19, kini nampaknya muncul satu lagi ancaman baharu yang telahpun menyebabkan seorang maut dan menjangkiti 155 orang iaitu virus Marburg.

kadar kematian 88 peratus, ancaman virus marburg pula dikesan who

Virus Marburg telah menyebabkan seorang lelaki di Guinea, Afrika Barat maut dan sekurangnya 155 orang dijangkiti.

 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), virus berkenaan dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan sehingga menyebabkan kematian tragis kepada pengidapnya.

 

Ia dikesan pertama kali di Afrika Barat dan hampir sama dengan Ebola dengan kadar 88 peratus kematian terhadap penghidapnya, dibimbangi akan merebak dengan pantas dan meluas ke seluruh dunia.

kadar kematian 88 peratus, ancaman virus marburg pula dikesan who

WHO dalam pada itu sedang menyiasat sama ada kes kematian seorang lelaki akibat virus itu mempunyai kaitan kepada 155 orang yang dilaporkan dijangkiti.

 

Pesakit lelaki itu meninggal dunia di tenggara Guinea iaitu kawasan yang menjadi pusat penularan Ebola di Afrika Barat pada 2014.

 

Wakil WHO di Guinea, Georges Ki-Zerbo berkata, setakat ini tiada lagi kes baharu virus Marburg, dilaporkan namun dianggap sebagai ancaman tinggi pada peringkat kebangsaan, namun ancaman rendah pada peringkat global.

 

"Kontak rapat sudah dikesan dan 155 orang kini dalam pemantauan selama tiga minggu," katanya.

 

Virus Marbug dilaporkan mempunyai kaitan dengan Ebola dan seperti COVID-19, disebarkan daripada kelawar Rousettus kepada manusia.

kadar kematian 88 peratus, ancaman virus marburg pula dikesan who

Mempunyai kadar kematian sehingga 88 peratus, virus itu telah ditemukan dalam sampel seorang pesakit yang meninggal dunia di wilayah Gueckedou pada 2 Ogos lalu.

 

Apabila individu dijangkiti, ia akan menular mengikut cecair badan individu yang dijangkiti berkenaan, atau permukaan dan bahan yang tercemar dengan virus itu.

 

Sumber: [1], [2]