Seekor anak zirafah yang baru sahaja dilahirkan telah diberni nama Corona bersempena kelahirannya ketika wabak COVID-19 menyerang dunia.
Ibu zirafah terbabit bernama Sophie telah melahirkan Corona pada 9 April lalu di sebuah zoo di Bali, Indonesia.
“Disebabkan dia lahir ketika wabak COVID-19tular, jadi Menteri Alam Sekitar telah menamakannya sebagai Corona,” kata jurucakap zoo terbabit, Anak Agung Ngurah Alit Sujana.
Buat masa ini anak zirafah terbabit dilaporkan berada dalam keadaan yang baik serta masih menyusu. Anak zirafah itu akan diletakkan di bawah pemerhatian selama tiga bulan.
Bagaimanapun, Taman Safari Bali masih lagi ditutup semenjak awal bulan Mac yang lalu kepada orang ramai.
Sumber: The Jakarta Post