Keluarga Dikecam Kerana Benar Anak Umur 6 Tahun Masuk Marathon Penuh

Niat pasangan suami isteri untuk berkongsi aktiviti dan pencapaian keluarga mereka melakukan marathon nyata mengudang padah kerana tindakan itu mengundang kecaman ramai.

.

Mana tidaknya, pasangan Kami dan Ben Crawford yang mempunyai puluhan ribu pengikut di Instagram dan Youtube, bertindak membawa bersama anak mereka yang masih berusia enam tahun menyertai marathon penuh di Cincinnati, Amerika Syarikat, sejauh 42 kilometer.

keluarga dikecam kerana benar anak umur 6 tahun masuk marathon penuh

Anak mereka, Rainier, baru berusia enam tahun, berjaya menamatkan larian dalam tempoh masa 8 jam 35 minit, dan digambarkan oleh orang ramai sebagai satu bentuk penderaan.

keluarga dikecam kerana benar anak umur 6 tahun masuk marathon penuh

Malah menurut pakar kesihatan, larian sejauh itu pada anak yang masih kecil boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan mereka, termasuklah tekanan fizikal. Simptom seperti pening, muntah-muntah dan strok haba boleh berlaku dalam kes ini.

.

Insiden itu turut mengundang kecaman kepada pihak penganjur marathon kerana tidak menetapkan had usia kepada peserta mereka.

.

Namun bagi pasangan Crawford, ia tidak menjadi satu kesalahan kerana mereka rela bersama-sama menghabiskan larian tersebut dan bukannya satu bentuk paksaan.

.

“Kami bertanya kepada anak kami jika dia mahu berhenti berlari dan dia sangat jelas mahu menamatkan lariannya.

“Kami juga tidak melihat sebarang tanda kepenatan atau dehidrasi dan berbesar hati untuk membenarkannya terus berlari,” tulis pasangan itu dalam satu hantaran di media sosial.

.

Bagaimanapun tindakan ibu dan bapa itu mendapat kritikan ramai termasuk atlet marathon, Lee Troop yang menegaskan bahawa tindakan membenarkan anak seusia itu menghabiskan marathon penuh adalah sebagai satu kesalahan.

keluarga dikecam kerana benar anak umur 6 tahun masuk marathon penuh

Sumber: [1]