Anak Senang Jadi Gemuk Kalau Ibu Bapa Terlampau Garang – Kajian

Satu kajian terbaharu mendedahkan ibu bapa yang terlampau tegas dan garang berkemungkinan besar mempunyai anak dengan berat badan berlebihan serta kegemukkan.

anak senang jadi gemuk kalau ibu bapa terlampau garang – kajian

Secara purata, ibu dan bapa yang tegas mempunyai anak dengan berat 1.5 kilogram lebih berat berbanding ibu dan bapa yang lebih mesra.

 

Kajian itu mendedahkan kanak-kanak yang tidak mendapat kasih sayang secukupnya dari keluarga mereka berpotensi untuk makan lebih banyak bagi mengisi kekosongan jiwa.

 

Pemerhatian dibuat keatas lebih 10,000 kanak-kanak di Britain selama dua puluh tahun tempoh kajian.

 

Hasil kajian ini turut merumuskan terdapat empat kategori gaya keibubapaan iaitu:

- Berwibawa: ibu bapa yang mengekalkan sempadan yang jelas tetapi penyayang,

- Autoritarian: ibu bapa yang mengekalkan disiplin yang ketat dan menunjukkan sedikit kemesraan,

- Permisif: ibu bapa berempati tetapi mempunyai sedikit peraturan, dan

- Cuai atau tidak terlibat: ibu bapa yang tidak terlibat secara emosi dan mempunyai beberapa peraturan.

 

Daripada empat gaya ini, ibu bapa yang mempunyai gaya ‘Autoritarian’ mempunyai anak dengan berat lebih 1.5kg berbanding anak mereka yang penyayang.

 

Hasil kajian itu turut dibentangkan di Kongres Antarabangsa mengenai Obesiti di Melbourne.

 

Sumber: Kosmo!