Perkhidmatan kapal terbang antara yang terjejas disebabkan pandemik COVID-19 ni. Bagaimanapun, mereka perlu berusaha untuk memastikan perniagaan mereka dapat diteruskan dalam masa yang sama kesihatan serta keselamatan penumpang terjamin.
Baru-baru ini, Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) telah mengeluarkan beberapa terma khas untuk industri penerbangan negara itu bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.
Terma tersebut telah menyarankan anak kapal untuk memakai alat perlindungan diri (PPE), pelitup muka, sarung tangan, gogel, pelitup kasut jenis pakai buang dan sebagainya.
Tapi, ada satu terma yang agak pelik iaitu anak kapal diminta untuk memakai lampin pakai buang. Alasan yang diberikan adalah cara itu untuk memastikan mereka tidak perlu ke bilik air untuk menggunakan tandas.
Tapi, korang rasa perlu ke sampai macam ni?
Sumber: Astro Awani