Anak Elon Musk Nak Tukar Nama, Enggan Punya Kaitan Dengan Bapa Lagi

Anak kepada individu terkaya di dunia, Elon Musk dilaporkan enggan mempunyai hubungan dengan bapa kandungnya lagi.

anak elon musk nak tukar nama, enggan punya kaitan dengan bapa lagi

Xavier Alexander Musk, telah memfailkan rayuan pertukaran namanya dengan Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles di Santa Monica pada April lalu.

Memetik laporan Times Now News, sebab pertukaran nama itu dikenalpasti sebagai dirinya yang tidak lagi tinggal bersama Musk atau enggan memiliki hubungan dengan bapa kandungnya dalam apa jua cara sekalipun.

Vivian merupakan salah seorang daripada anak kembar Musk yang dilahirkan pada 2004, hasil daripada perkahwinannya bersama bekas isteri Justine Wilson.


Sumber: [1]