Anak David Beckham Kahwini Anak Jutawan Dalam Majlis Serba Mewah Bernilai RM16 Juta

Anak kepada pasangan selebriti David dan Victoria Beckham, iaitu Brooklyn Beckham, 23, menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihan, Nicola Peltz, 27.

anak david beckham kahwini anak jutawan dalam majlis serba mewah bernilai rm16 juta

Pasangan pengantin baru itu sah bergelar suami isteri dalam satu majlis perkahwinan penuh berprestij yang diadakan di Florida, Amerika Syarikat pada Sabtu lepas.

Memetik media antarabangsa, majlis gilang-gemilang itu berlangsung di rumah agam milik keluarga Peltz di Palm Beach, Florida.

Dilaporkan bahawa majlis mewah bagi meraikan hari istimewa antara Brooklyn dan Peltz yang merupakan anak kepada jutawan, Nelson Peltz itu menelan perbelanjaan sekitar 3 juta pound (RM16 juta).

Turut hadir bagi meraikan pasangan tersebut ialah tetamu selebriti terkemuka seperti Eva Longoria, Mel C, dan bintang tenis dunia, Serena Williams.

Dalam pada itu, menurut Mail Online, pasangan diraja Britain, Putera William dan Kate Middleton tidak dapat menghadiri majlis itu.

Putera Harry dan isteri, Meghan Markle bagaimana didakwa tidak dijemput ke majlis terbabit.

Pasangan tersebut dilaporkan mula bercinta pada Oktober 2019.

Pada Januari 2020, mereka mengumumkan hubungan itu secara rasmi dan mengikat tali pertunangan tidak lama selepas itu.

Sebelum ini, Brooklyn dan Peltz dilaporkan telah menandatangani perjanjian pra-kahwin bernilai 3 juta pound (RM16 juta) menjelang majlis perkahwinan mereka.

Mail Online melaporkan bahawa perjanjian terbabit dibuat bagi melindungi kekayaan Beckham yang dikatakan bernilai 380 juta pound (RM2.9 bilion).

 

Sumber: [1]