Demi Selamatkan Ibu Nazak Akibat COVID-19, Anak Sanggup Buat CPR

Akibat kekurangan bekalan mesin oksigen di India, seorang anak sanggup memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut (CPR) demi menyelamatkan ibunya yang dijangkiti COVID-19.

demi selamatkan ibu nazak akibat covid-19, anak sanggup buat cpr

Kejadian berlaku di Uttar Pradesh baru-baru ini apabila seorang wanita dilihat berusaha memberikan bantuan pernafasan kepada ibunya yang dilaporkan sudah tidak bernyawa lagi.

 

Menurut kakitangan perubatan, Ahtisam Ali berkata, pesakit itu dibawa ke hospital dalam keadaan sesak nafas, namun disahkan meninggal dunia atas katil hospital sebelum menerima rawatan.

 

"Pasukan doktor datang memeriksanya namun ia terlambat kerana dia sudah meninggal dunia.

"Saya menafikan wanita itu meninggal dunia kerana kekurangan oksigen.

"Anak perempuannya itu sempat membuat bantuan pernafasan mulut kepada ibunya kerana dia sangat bimbang dengan keadaan ibunya pada masa itu," kata Pengarah Hospital Maharaj Suheldev AK Sahni.

 

Krisis COVID-19 di India kini dilihat semakin meruncing apabila mencatatkan 21 juta kes jangkitan dengan lebih daripada 230 ribu maut. Malah, keadaan di hospital di India juga sesak hingga menyebabkan sistem perubatan disana menjadi lumpuh.

demi selamatkan ibu nazak akibat covid-19, anak sanggup buat cpr

Sumber: [1]