Anak Ahmad Dhani, Al Ghazali Dikhabar Angin Sudah Berkahwin Dengan Kekasih

Pelakon dan penyanyi Indonesia, Al Ghazali dilaporkan telah berkahwin dengan kekasihnya, Alyssa Daguise.

anak ahmad dhani, al ghazali dikhabar angin sudah berkahwin dengan kekasih

Majlis perkahwinan anak sulung anggota kumpulan Dewa, Ahmad Dhani dan Maia Estianty itu telah diadakan beberapa minggu lalu yang mana pendakwah, Derry Sulaiman, dikatakan menjadi orang yang bertanggungjawab mengahwinkan mereka berdua atas permintaan Ahmad Dhani.

“Sudah empat tahun mereka bercinta. Mas Dhani pernah cakap, ‘Bro, urusan Al, kamu uruskan,’ saya disuruh menikahkan,” kata Derry Sulaiman, dipetik dari saluran SCTV yang menyiarkan Program Status Selebriti pada 8 Februari 2022.

Perkahwinan itu bagaimanapun dikatakan telah lama menjadi idaman buat pasangan Al Ghazali dan Alyssa Daguise yang mana kedua-duanya sudah lama menyatakan hasrat untuk berkahwin muda.

Beberapa ketika dahulu, Al dan Alyssa pernah tular kerana mengenakan busana pengantin Jawa untuk sesi bergambar di studio foto.

Namun, foto tersebut tidak pernah dimuat naik dalam media sosial masing-masing.

Terdahulu, Al Ghazali juga pernah menyatakan hasratnya untuk berkahwin muda.

“Saya menyasarkan berkahwin paling lambat pada umur 25 tahun, saya tidak mahu sibuk apabila berkahwin,” katanya Al yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya pada September tahun ini.

Ahmad Dhani juga malahan bersetuju sekiranya anaknya itu menamatkan zaman bujang pada usia 25 tahun.

“Saya sudah berkahwin pada usia 25 tahun. Jadi kalau Al tunggu 25 tahun, tak apalah,” kata Ahmad Dhani.

Turut tidak ketinggalan, Maia Estianty juga telah memberikan restu sebagai ibu kepada Al Ghazali yang mana dalam siaran di saluran YouTubenya, Maia dan Richard Daguise, bapa Alyssa, menemani anak-anak mereka untuk mencari rumah yang boleh didiami bersama apabila mereka berkahwin.

“Alyssa nak apa?” tanya Maia kepada Alyssa yang mana dia kemudian menyerahkan pertanyaan tersebut kepada Al Ghazali.

“Saya lebih suka rumah yang tidak terlalu besar tetapi halaman yang luas,” kata Al.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN