Ammonium Nitrate Tu Apa?

Hari ini dunia dikejutkan dengan berita letupan di sebuah gudang yang menyimpan bahan kimia iaitu ammonium nitrate di Beirut, Lubnan.

Setakat berita ini ditulis, seramai 80 orang maut dan lebih 1000 orang tercedera akibat dari letupan tersebut.

Tak ramai yang tahu, ammonium nitrate sebenarnya sering digunakan sebagai baja disebabkan kandungan nitrogen nya yang tinggi dan baik untuk industri agrikultur. 

Namun, banyak juga negara yang tidak menggunakan bahan kimia itu sebagai baja untuk mengelakkan ia disalahgunakan oleh pihak tertentu. 

ammonium nitrate tu apa?

Untuk pengetahuan umum, Ammonium Nitrate ini pernah digunakan sebagai bom dalam serangan pengganas Sterling Hall di Wisconsin, Amerika Syarikat pada tahun 1970, pengeboman bandar Oklahoma (1995), serangan bom di New Delhi (2011) dan juga di Oslo pada tahun yang sama dan juga digunakan sebagai bom di Hyderabad (2013).

Difahamkan, insiden Letupan di Pelabuhan Tianjin, China tahun 2015 juga berpunca daripada bahan kimia yang sama iaitu ammonium nitrate

Oleh: Syed Mohd Latif