Amerika Syarikat Lulus Suntikan 'Booster', Tapi Dengan Syarat...

Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) memberi kebenaran suntikan ‘booster’, Pfizer-BioNTech.

amerika syarikat lulus suntikan 'booster', tapi dengan syarat...

Pemberian vaksin itu bagaimanapun dihadkan kepada warga emas yang berusia 65 tahun ke atas dan juga mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan, selain mempunyai penyakit kronik serta pekerja di sektor berisiko.

Suntikan ‘booster’ itu difahamkan akan diberikan sekurang-kurangnya enam bulan selepas melengkap dos kedua vaksin.

Menurut panel penasihat Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat dijangka mengundi kebenaran suntikan ‘booster’ pada Khamis ini.

Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat iaitu Joe Biden mengumumkan bahawa kerajaan negara itu merancang untuk menggerakkan kempen suntikan ‘booster’ terhadap individu berusia 16 tahun dan ke atas minggu ini.

Tetapi, ia masih menunggu kebenaran daripada FDA dan CDC susulan tiada bukti kukuh yang mampu membuktikan keperluan suntikan ‘booster’ itu.

FDA kemudian hanya membenarkan suntikan ‘booster’ untuk diberikan kepada individu rentan serta menolak penggunaannya secara meluas.

Dalam perkembangan berkaitan, terdapat sejumlah negara seperti United Kingdom telah melancarkan kempen suntikan ‘booster’.

Amerika Syarikat telah memberi suntikan ‘booster’ kepada individu yang mempunyai masalah imun dan lebih 2 juta orang difahamkan telah menerima suntikan terbabit.

 

Sumber: [1]