Pandemik COVID-19 telah menyebabkan beberapa negara menetapkan perintah berkurung. Jadi, semua manusia diminta untuk berada di dalam rumah untuk menjamin keselamatan dan kesihatan.
Tapi, disebabkan terlalu bosan duduk di dalam rumah muncul lah macam-macam idea. Seorang wanita yang dikenali sebagai Nicola Matthews, 49 tahun turut mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan bosan ketika tempoh itu.
Untuk menghilangkan rasa bosan, Nicola telah mengenakan solekan dan berkasut tumit tinggi seperti mahu pergi ke majlis keraian atau tarian. Tapi dia mengenakan pakaian tersebut hanya untuk membuang sampah.
Menurut Nicola, beliau mendapat idea itu selepas melihat selebriti memakai gaun panjang untuk membuang sampah. Jadi, dia mengambil keputusan untuk buat perkara sama.
Pada awalnya perbuatan itu hanyalah sebagai gurauan dan tiba-tiba sahaja ia menjadi rutin untuk dirinya pada setiap hari Rabu.
“Saya mengambil masa sejam untuk bersiap termasuklah mengenakan make up dan mendadan rambut” Ceritanya.
Nicola yang menetap di Essex, England akan meminta bantuan daripada jirannya untuk merakam gambar sebagai kenangan.
Sumber: Bored Panda