Tiada Dendam, Amber Heard Akui Masih Cintakan Johnny Depp

Selepas dilanda pelbagai konflik, aktres Amber Heard secara terbuka mengakui masih mencintai bekas suaminya, Johnny Depp.

tiada dendam, amber heard akui masih cintakan johnny depp

Heard berkata dia tidak pernah menyimpan sebarang perasaan benci, dendam dan marah terhadap Depp, malah cinta terhadapnya masih sama seperti ketika mereka berkahwin.

.

“Saya cintakan dia sepenuh hati. Apa yang berlaku di antara kami sekarang tidak mengubah kenyataan dia ialah cinta hati saya.

“Saya cuba sedaya upaya untuk membaiki hubungan yang musnah ini namun saya tidak berdaya. Namun, saya tidak pernah berhenti mencintai dia,” kata Heard dalam rakaman temubual.

Meskipun kedengaran seperti gila, namun jelas Heard beliau perlu berterus terang tentang apa yang dirasainya.

.

“Hanya orang yang pernah mencintai seseorang seperti saya mencintai Johnny akan memahami mengapa apa yang berlaku ini tidak menjejaskan perasaan saya terhadapnya,” ujarnya lagi.

.

Terdahulu Depp telah memenangi saman fitnah terhadap Heard pada awal Jun dengan tuntutan sebanyak AS$50 juta (kira-kira RM218 juta).

.

Sumber: [1]