Terdesak Nak Bayar Saman, Amber Heard Terpaksa Gadai Rumah Kesayangannya

Ekoran daripada tuntuan saman yang dikemuka bekas suami, Johnny Depp, bintang filem Hollywood ini, Amber Heard dilaporkan semakin terdesak dan terhimpit.

terdesak nak bayar saman, amber heard terpaksa gadai rumah kesayangannya

Disebabkan itu, beliau terpaksa menjual rumah kesayangannya di California bagi menyelesaikan sebahagian daripada tuntutan saman tersebut.

 

Meskipun dihimpit kesukaran kewangan, Amber Heard bagaimanapun tidak mengambil bayaran cerai atau pampasan bernilai puluhan juta yang diberikan Depp kepadanya.

 

Bintang Aquaman itu juga tidak mengendahkan bimbingan daripada pasukan guamannya untuk tidak berkeras mendapatkan wang maksimum daripada Depp.

 

Heard juga boleh mendapatkan separuh daripada $33 juta (kira-kira RM146 juta) kerana Depp mengikuti pengambaran keempat Pirates of the Caribbean semasa mereka masih sah bergelar suami isteri.

terdesak nak bayar saman, amber heard terpaksa gadai rumah kesayangannya

Amber Heard bagaimanapun tidak berbuat semua itu dengan menyatakan bahawa apa yang diperkatakan olehnya adalah benar dan dia tidak berminat dengan wang tersebut.

 

Hakim mahkamah enggan membenarkan bukti itu diterima semasa tuntuan fitnah Depp terhadap Heard. Akibatnya, Heard diperintahkan untuk membayar $8.3 juta (kira-kira RM36 juta) kepada bekas suaminya selepas didapati bersalah atas tuduhan memfitnah.

 

Heard bagaimanapun tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar saman tersebut, menyebabkan dia terpaksa menjual rumahnya di California yang dibeli pada 2019 dengan nilai $1.05 juta (RM4.68 juta).

terdesak nak bayar saman, amber heard terpaksa gadai rumah kesayangannya

Sumber: Daily Mail