Secara Saintifik, Amber Heard Wanita Paling Cantik Di Dunia

Menurut satu pemetaan khas, wajah aktres yang kini menjadi tajuk utama kes fitnah berprofil tinggi, Amber Heard adalah wajah paling cantik di dunia.

secara saintifik, amber heard wanita paling cantik di dunia

Formula pemetaan khas yang disebut sebagai Greek Golden Ratio of Beauty Phi 1.618, yang mana telah digunakan ribuan tahun bagi mengira kesempuraan, mendapati wajah Amber Heard adalah cukup sempurna dan paling cantik di dunia.

secara saintifik, amber heard wanita paling cantik di dunia

Teknik ini melihat pelbagai ciri, dan jarak antara mereka, diukur dan dianalisis, termasuk mata, hidung, bibir dan bentuk muka.

.

Pada tahun 2016, foto wajah Heard telah diperiksa dan Dr Julian De Silva dari Harley Street mendapati bahawa ciri-cirinya adalah yang paling hampir pada 91.85%.

.

Doktor itu berkata pada masa itu bahawa selepas teknik pemetaan komputer dan algoritma baharu untuk titik penanda utama pada wajah dicipta, beliau memutuskan untuk menguji sistem itu pada beberapa wanita paling cantik di dunia.

secara saintifik, amber heard wanita paling cantik di dunia

Hasilnya, Heard mempunyai wajah paling cantik di dunia, diikuti Kim Kardashian dan Kate Moss.

.

Teknologi itu juga mendapati Kim Kardashian mempunyai kening yang sempurna, Scarlett Johansson pula dengan mata yang sempurna, bentuk wajah Rihanna pula disifatkan paling cantik, manakala bibir Emily Ratajkowski dan dahi Kate Moss turut dipuji sebagai cantik.

.

Sumber: [1]