Amaran Daripada WHO, Wabak COVID-19 Mungkin Kembali Menular

amaran daripada who, wabak covid-19 mungkin kembali menular

Ketika ini kita merasakan negara kita dah ok daripada COVID-19 memandangkan kerajaan telah mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Namun, satu benda kita kena tahu adalah tempat lain masih lagi terjejas teruk.

Malah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran bahawa COVID-19 sangat berisiko untuk kembali tular selepas banyak negara melonggarkan sekatan.

Berdasarkan Pakar Kesihatan Kecemasan WHO Mike Ryan, amaran ini termasuklah negara seperti Jerman, bandar Wuhan di China dan kes terbaru Korea Selatan selepas seorang pengunjung kelab malam dikaitkan dengan 85 kes baharu.

“Selepas sekatan dilonggarkan, penduduk akan bersosial antara satu sama lain, ini memang tidak boleh dinafikan.

"Mereka akan mengekalkan penjarakan sosial. Tetapi risiko jangkitan akan meningkat.

"Persoalannya, adakah kita sudah berada pada tahap mempunyai sistem kesihatan kukuh yang membolehkan kita menyiasat kluster kes baharu tanpa merujuk bentuk jangkitan sebelum ini. Ini yang perlu dielak.

“Kami mempunyai keyakinan terhadap Jerman, Korea dan beberapa negara untuk menghapuskan kluster baharu yang dikesan,” katanya.

Sehingga hari ini, COVID-19 telah menyerang 4 juta orang dan mengorbankan 283,000 nyawa di seluruh dunia.

Sumber: Astro Awani