Telur Rebus Dibelah Tiga Jadi Amalan Diet Oleh Artis K-pop Ini

Ramai antara kita yang mungkin mempunyai amalan diet tertentu, demi mencapai bentuk serta berat badan yang diidamkan.

 

Namun amalan diet yang diamalkan seorang penyanyi K-pop ini pasti mengejutkan ramai kerana ia disifatkan terlampau ekstrem.

telur rebus dibelah tiga jadi amalan diet oleh artis k-pop ini

Sungjong dilaporkan mengamalkan diet yang disifatkan terlampau ekstrem kerana ketika beliau melanjutkan pelajaran di Hong Kong sebelum ini, setiap hari dia hanya makan sebiji telur rebus yang dibelah tiga untuk satu-satu hidangannya.

 

Pendedahan itu mengejutkan ramai selepas Sungjong berkongsi amalan dietnya semasa menjadi tetamu undangan dalam rancangan Talk Pawon.

 

Peminat rata-ratanya seakan tidak percaya Sungjong sanggup mengamalkan diet sebegitu demi mengekalkan berat dan bentuk badan ideal. Malah, beliau pernah berkongsi berat semasanya yang hanya 50kg.

telur rebus dibelah tiga jadi amalan diet oleh artis k-pop ini

Menurut peminat, amalan sebegitu bukanlah sesuatu yang perlu dibanggakan kerana perbuatannya adalah berkait dengan masalah gangguan pemakanan yang serius.

 

Lee Sung-jong yang biasa dikenali sebagai Sungjong, ialah seorang penyanyi Korea Selatan. Beliau adalah vokalis kumpulan Infinite di bawah pengurusan Woollim Entertainment.

 

Sumber: Kosmo!