Alia Bhatt Tembus Hollywood, Bakal Kongsi Layar Dengan Gal Gadot

Bintang Bollywood, Alia Bhatt bakal melakukan debut Hollywoodnya menerusi filem Heart of Stone.

alia bhatt tembus hollywood, bakal kongsi layar dengan gal gadot

Lebih mengujakan, Heart of Stone turut dibintangi barisan pelakon terkemuka seperti Gal Gadot dan Jamie Dornan, dan merupakan arahan Tom Harper.

Pada masa ini, tidak banyak yang diketahui mengenai Heart of Stone, kecuali Gadot yang dikatakan akan memainkan watak pengintip dalam filem terbabit.

Tahun lalu, Alia Bhatt mendaftar menyertai sebuah agensi bakat Amerika, William Morries Endeavor (WME), untuk melebarkan kerjaya seninya di Barat.

Portal India Today pernah melaporkan bahawa Alia Bhatt telah menanti-nantikan tahun ini untuk memuktamadkan penampilan sulungnya di Hollywood.

Selain dirinya, agensi WME turut menaungi beberapa nama besar lain di Barat seperti Oprah, Gal Gadot, Emma Stone, Charlize Theron dan ramai lagi.


Sumber: [1]