WHO Tak Guna Dua Huruf Abjad Yunani Sebelum Namakan ‘Omicron’. Ini Sebabnya

Penemuan varian baharu COVID-19 oleh saintis di Afrika Selatan telah mengejutkan ramai penduduk dunia.

who tak guna dua huruf abjad yunani sebelum namakan ‘omicron’. ini sebabnya

Sama seperti sebelumnya, ia juga diberikan nama khas bagi membezakan varian terdahulu dengan menggunakan abjad dalam huruf Yunani iaitu Omicron.

 

Secara keseluruhannya, terdapat 24 huruf abjad Yunani yang bermula dengan Alpha, Beta, Gamma dan berakhir dengan abjad Omega secara turutan.

who tak guna dua huruf abjad yunani sebelum namakan ‘omicron’. ini sebabnya

Namun begitu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melangkau dua huruf dalam turutan abjad ini sebelum menamakan Omicron, iaitu Nu dan Xi.

who tak guna dua huruf abjad yunani sebelum namakan ‘omicron’. ini sebabnya

Dalam satu kenyataan, WHO memaklumkan kepada berita CNN, mereka mempunyai alasan sendiri mengapa dua huruf ini tidak digunakan.

 

Abjad Nu sering digunakan untuk menyatakan sesuatu yang baharu, atau disebut sebagai New, sedangkan varian ini bukanlah sesuatu yang baharu.

 

Abjad Xi pula tidak digunakan kerana ia mempunyai sebutan sama dengan kebanyakkan nama keluarga penduduk di dunia. Ia juga sama dengan nama keluarga pemimpin China iaitu Xi Jinping.

 

Amalan WHO dalam menamakan sesuatu penyakit adalah tidak menggunakan perkataan  yang mungkin akan menyentuh perasaan mana-mana kumpulan dari segi kebudayaan, sosial, kebangsaan, rantau, profesional atau etnik.

 

"Nama saintifik sesuatu penyakit mungkin sukar untuk disebut dan diingati. Oleh itu ramai lebih suka memberi nama tempat sesuatu varian atau penyakit itu ditemui. Namun amalan ini boleh dilihat sebagai satu penghinaan kepada tempat tersebut," katanya.

 

Selepas Omicron, terdapat sembilan lagi huruf dalam abjad Yunani dan yang seterusnya adalah Pi.

 

Sumber: [1]

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN