Akshay Kumar Positif COVID-19

Selebriti ternama Bollywood, Akshay Kumar menjadi sebahagian daripada bintang dari India yang dijangkiti COVID-19 tatkala negara tersebut sedang mengalami peningkatan kes.

akshay kumar positif covid-19

Ahad lalu, India mencatatkan 93, 249 jangkitan terbaru.

Jumlah tersebut merupakan yang tertinggi pernah direkodkan sejak September 2020 sekali gus menjadikan kes COVID-19 di negara tersebut mencecah 12.5 juta.

Menerusi satu entri di Twitter, tulis Akshay, “Saya ingin memberitahu semua, pada awal pagi ini, saya telah diuji positif COVID-19.”

Pelakon yang berusia 53 tahun itu turut menambah bahawa dia kini sedang menjalani proses kuarantin di rumah setelah mendapat rawatan perubatan yang diperlukan.

Terdahulu, Kumar pernah berkongsi yang dia mengamalkan pengambilan air kencing lembu setiap hari untuk kekal sihat.

Amalan tersebut merupakan sesuatu yang diyakini sesetengah penganut agama Hindu kerana dipercayai mempunyai manfaat perubatan termasuk virus COVID-19.

Dalam perkembangan lain, India dilaporkan sebagai negara ketiga di dunia yang mempunyai kes COVID-19 tertinggi didahului Amerika Syarikat dan Brazil.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN