Akibat Tak Percaya Vaksin, Doktor Di Kenya Mati Terkena COVID-19

Seorang doktor di Kenya maut selepas dijangkiti COVID-19 akibat tidak percaya vaksin serta kewujudan virus maut itu.

akibat tak percaya vaksin, doktor di kenya mati terkena covid-19

Dr Stephen Karanja sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana sering mengadakan kempen menentang penggunaan dan keberkesanan virus COVID-19.

 

Beliau sebelum ini pernah mengesyorkan teknik penyedutan wap dan ubat hidrosiklorokuin, selain mempertikaikan keberkesanan suntikan vaksin COVID-19. Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menolak cadangannya itu.

akibat tak percaya vaksin, doktor di kenya mati terkena covid-19

Dr Karanja yang juga pakar dalam perbidanan dan sakit puan (O&G) maut pada Khamis lali selepas seminggu dimasukkan ke hospital akibat komplikasi jangkitan COVID-19.

 

Beliau yang aktif dalam kempen menentang vaksin COVID-19 sebelum ini pernah menjelaskan keberkesanan teknik penyedutan wap serta ubat-ubatan yang belum mendapat pengesahan WHO dalam merawat COVID-19.

 

"Vaksin yang diedarkan di Kenya sudah dikaji dan disahkan selamat bukan hanya melalui proses ketat dari WHO sahaja tetapi pihak berkuasa pengawalan," kata WHO pada Mac seperti dipetik portal BBC News.

 

Kenya kini sudah menerima lebih satu juta dos vaksin Covax, dengan merekodkan lebih 160,000 kes jangkitan COVID-19 dengan 2,707 kematian.

 

Sumber: BBC

ARTIKEL BERKAITAN