Gara-gara melanggar peraturan kuarantin sehingga menyebarkan COVID-19 kepada orang lain, seorang lelaki di Vietnam dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun.
Menurut laporan agensi media tempatan, lelaki bernama Le Van Tri, 28, didakwa atas kesalahan ‘menyebarkan penyakit berjangkit yang berbahaya’ dalam satu perbicaraan di Mahkamah Rakyat di wilayah selatan Ca Mau.
Terdahulu, Vietnam pernah bergelar salah satu negara di dunia yang berjaya mengawal penularan COVID-19.
Antara langkah yang dilaksanakan negara terbabit termasuklah ujian saringan bersasar secara besar-besaran, menjejak kontak secara agresif, kawalan sempadan dan kuarantin yang ketat.
Bagaimanapun, kluster baru yang muncul sejak April lalu menjejaskan rekod tersebut.
“Tri telah pulang ke Ca Mau dari Bandar Raya Ho Chi Minh...sekali gus melanggar peraturan kuarantin selama 21 hari.
“Dalam perjalanannya, dia telah menjangkiti lapan orang, dan salah seorang daripadanya meninggal dunia akibat virus itu selepas sebulan cuba dirawat,” lapor agensi berita terbabit.
Vietnam kini sedang berdepan dengan situasi pandemik yang mana hampir 5360,000 kes positif dilaporkan dengan jumlah angka lebih 13,385 kematian.
Sumber: [1]