Akhirnya, Boleh Jugak Rentas Negeri

akhirnya, boleh jugak rentas negeri

FOTO: SINAR HARIAN

Selepas hampir 3 bulan dilarang rentas negeri, akhirnya rakyat Malaysia boleh juga balik kampung. Ini termasuklah korang yang bujang tu. Dapat jugak nak lepaskan rindu pada mak ayah sebab tak dapat berpuasa dan beraya sebelum ini. Tapi ingat,  bukan sekarang. Aktiviti rentas negeri hanya dibenarkan mulai 10 Jun, iaitu Rabu ini. 

Kebenaran rentas negeri ini berkuatkuasa serentak dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, PKPP yang diumumkan Perdana Menteri kita petang tadi. Maksudnya, PKPP akan berkuatkuasa mulai 10 Jun sehingga 31 Ogos. Ini sekaligus menamatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, PKPB pada 9 Jun iaitu Selasa.

Tan Sri Muhyiddin berkata PKPP ini akan memberi lebih kelonggaran kepada orang ramai untuk jalani kehidupan seharian. Aktiviti sukan, sosial, pendidikan, keagamaan dan sektor ekonomi akan mula beroperasi secara berperingkat. 

Jelas beliau ini kerana Malaysia catat penurunan trend kes positif COVID-19. Tan Sri Muhyiddin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus menghalang penularan wabak tersebut. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia kerana patuh dan bersabar ketika pelaksanaan tempoh PKP sebelum ini. Kejayaan mengekang penularan COVID-19 adalah kejayaan rakyat Malaysia.

Tapi korang janganlah terus lupakan amalan kebersihan kita sepanjang tempoh PKP sebelum ini. Tetap jaga kebersihan, pakai penutup hidung dan mulut apabila berada di tempat awam. Sentiasa cuci tangan atau gunakan 'hand sanitizer'. Ye lah, nanti takut balik kampung nanti bawak penyakit pulak kan? Kesian mak ayah nanti. 

Oleh: Karami Kamel