“Mohon Henti Kongsi Hal Rumah Tangga Saya Sebab..,” – Aisyah Hijanah

Pempengaruh, Aishah Hijanah memohon agar masyarakat untuk berhenti menyebarkan perkara berkaitan kontroversi rumah tangganya yang tular sejak beberapa hari lepas.

“mohon henti kongsi hal rumah tangga saya sebab..,” – aisyah hijanah

Menurut Aisyah, tindakan masyarakat yang terus menerus mengecam suaminya, Alif Teega, boleh menyebabkan keadaan menjadi lebih buruk.

 

“Mohon berhenti berkongsi kerana hal ini akan bertambah buruk. Saya ambil maklum tentang beberapa hal yang tular dan diketahui umum. Saya tidak boleh menafikan mahupun mengiyakan mana-mana perkara kerana tidak mahu membesarkan hal ini.

 

“Mohon kepada sesiapa yang mempunyai sebarang perkara berkaitan, berhenti berkongsi kerana hal ini akan bertambah teruk,” katanya.

 

Tambah lagi, beliau turut menjelaskan laporan perubatan yang rancak diperkatakan dalam media sosial adalah bukannya daripada pihak klinik terbabut.

 

“Biarlah saya dan yang terlibat menyelesaikan hal ini daripada sudut dalaman.

“Buat masa ini saya dan Alif dalam keadaan baik-baik sahaja

“Saya perlu bertanggungjawab bagi pihak klinik dan laporan perubatan itu bukan disebarkan oleh pihak mereka,” katanya lagi.

“mohon henti kongsi hal rumah tangga saya sebab..,” – aisyah hijanah

Katanya lagi, beliau memohon maaf andai hal rumah tangga yang tercetus ini menyebabkan perbalahan dalam kalangan masyarakat.

 

“Kami mohon maaf kepada masyarakat kerana telah mengganggu kesejahteraan mental dan emosi kalian.

“Kami doakan agar kita semua dijauhkan daripada sebarang kejahatan dan kezaliman.

“Terima kasih kerana telah mendoakan yang terbaik, semoga semua itu berbalik kepada kalian semula,” kongsinya menerusi Instastory.

“mohon henti kongsi hal rumah tangga saya sebab..,” – aisyah hijanah

Sejak beberapa hari lalu, rumah tangga pasangan pempengaruh, Alif dan Aisyah menjadi bualan ramai selepas suaminya itu mengaku berkahwin kali kedua dengan seorang wanita yang juga pekerja syarikatnya.

 

Pengakuan dibuat Alif itu menyebabkan kemarahan ramai, tambah pula ketika Aisyah kini sedang hamil lima bulan.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mohd Hazalif (@alifteega)

 

Lebih menjadi isu apabila tularnya satu laporan perubatan yang mendakwa Aisyah cedera pada lengan, muka dan telinga akibat dikasari suami.

 

Sumber: Instagram