“Ashraf bukan sahaja disayangi di Malaysia, tapi disayangi di Indonesia juga””- Aishah Sinclair

“ashraf bukan sahaja disayangi di malaysia, tapi disayangi di indonesia juga””- aishah sinclair

Pemergian Ashraf Sinclair pada 18 Februari yang lalu benar-benar mengejutkan negara. Biarpun Ashraf Sinclair berada di Jakarta, namun ramai peminatnya di Malaysia sangat terkesan dengan kejadian itu.

Sedangkan peminat pun terkesan apatah lagi ahli keluarga. Aishah Sinclair, adik kepada pelakon tersebut telah berkongsi perasaannya akan kejadian tersebut bersama InTrend.

Dalam video IGTV yang berdurasi 8 minit itu, Aishah Sinclair sangat sayu dan masih berduka. Bagaimanapun, penyampai radio itu tetap bercerita akan perjalanannya untuk melihat Ashraf Sinclair buat kali terakhir.

Aishah juga bercerita, Ashraf sememangnya sangat disayangi oleh peminatnya di kedua-dua negara,

“Ashraf bukan sahaja disayangi di Malaysia, tapi disayangi di Indonesia juga” Cerita Aishah.

“Dia pergi dalam keadaan sangat tenang, meninggalkan legasi yang sangat baik, cerita-cerita baik yang keluar sekarang, itu yang menenangkan hati” Tambah Aishah lagi.

Ashraf Sinclair merupakan seorang suami kepada penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL). Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah. Ashraf Sinclair telah dimakamkan di San Diego Hill, Jawa Barat.

 

Sumber: IGTV InTrend