Aircond Saiz Poket Ini Solusi Kepada Musim Panas Sekarang

Sejak akhir-akhir ini, udara panas dapat dirasai hampir setiap masa walaupun ketika waktu malam.

.

Ia ekoran daripada Monsun Barat Daya yang sedang bermula sejak Mei lalu dan akan berterusan sehingga September depan, menyebabkan kurangnya bilangan hari hujan.

.

Disebabkan itu, sebuah syarikat yang berpangkalan di Jepun telah mencipta sejenis alat yang berfungsi sebagai penghawa dingin, namun dengan saiz lebih mudah dibawa dan kompak.

aircond saiz poket ini solusi kepada musim panas sekarang

Reon Pocket ciptaan Sony mempunyai saiz yang boleh dimuatkan dalam poket seluar atau baju, akan memberikan sensasi dingin atau hangat kepada pemakai secara automatik.

.

Menurut laman Sora News, alat itu mempunyai bateri yang boleh dicaj semula sehingga 100 minit. Setiap penggunaan boleh bertahan sehingga lapan hingga 61 jam dalam mod penyejukan atau 27 hingga 54 jam dalam mod pemanasan.

aircond saiz poket ini solusi kepada musim panas sekarang

Menurut laman Sony Hong Kong, setiap satu berharga RM784 dan tidak dapat dipastikan sama ada ia terjual di Malaysia atau sebaliknya.

.

Sumber: [1]